SK Inanam Laut



Sekolah Kebangsaan Inanam Laut, Wdt 46, 88450, 
Inanam, Sabah, Malaysia, 


Telefon: 6088421208, Fax: 6088421208



Sekolah ini diasaskan oleh Allahyarham KK Md. Yassin bin Hj. Ghani bersama beberapa orang penduduk kampung Inanam Laut. Permohonan pembinaan sekolah ini telah dikemukakan sejak tahun 1960-an lagi tetapi disebabkan oleh kerana belum ada tapak yang sesuai maka pembinaan telah ditangguhkan.
Pembinaan sekolah ini telah dimulakan pada pertengahan tahun 1979 dan telah dapat disiapkan pada akhir tahun 1981. Sekolah ini telah didirikan di tapak seluas 3.32 ekar dan terletak di pertengahan Kampung Inanam Laut dalam daerah Kota Kinabalu. Jarak sekolah ini dari Kota Kinabalu ialah lebih kurang 10 km dan 0.5 km dari pekan Inanam. Terdiri daripada sebuah bangunan dua tingkat yang boleh menampung 10 buah bilik darjah, satu bilik pusat sumber, satu buah bilik gerakan, satu buah bilik guru besar, sebuah pejabat am, sebuah bilik guru dan beberapa bilik yang terpaksa diubah suai untuk mengatasi kekurangan. sekolah ini mempunyai sebuah flat guru iaitu sebuah bangunan empat tingkat dan dua buah rumah kayu.
Sekolah ini mula dibuka untuk beroperasi pada awal tahun 1982 dengan jumalah murid seramai 133 orang sahaja. Sebelum ini kanak-kanak di sekitar Inanam Laut bersekolah di SRK St. Cathrine Inanam, SK LikasSK DarauMenggatal dan sekolah-sekolah yang berdekatan. Bermula dengan jumlah seramai 133 orang murid dan 4 buah kelas, perkembangan pesat berlaku dari segi pertambahan murid dari setahun ke setahun dan akhirnya pada tahun 1987 sekolah ini telah mengadakan dua sesi persekolah iaitu pagi dan petang.
Sehingga tahun 2007, sekolah ini mempunyai 25 buah kelas (sesi pagi dan petang) dengan jumlah murid seramai 950 orang, 52 orang guru dan 5 orang anggota kumpulan sokongan, sebuah pra sekolah telah beropreasi pada tahun 2006 dengan jumlah murid seramai 25 orang.

Pada tahun 2017 terdapat penambahbaikan yang ketara terhadap bangunan sekolah dimana beberapa buah bangunan sekolah telah di bina iaitu, 1 blok kelas 2 tingkat, 1 blok pejabat dan juga dewan terbuka untuk tujuan pelbagai aktiviti murid.  Seramai 195 murid lelaki dan 196 murid perempuan iaitu secara keseluruhan jumlah murid sidang pagi seramai 319 orang , manakala seramai 284 murid lelaki dan 237 murid perempuan iaitu secara keseluruhan jumlah murid sidang petang seramai 521 orang. Maka jumlah keseluruhan murid SK Inanam Laut ialah seramai 912 orang pada tahun 2017.


Bangunan sebelum 2017







Bangunan baru 2017








Lagu Sekolah SK Inanam Laut, Kota Kinabalu

Sekolah Kebangsaan Inanam Laut
Tempat kami menuntut ilmu
Mari berikrar penuh setia
Rukun Negara kita

Ilmu itu penyuluh hidup ini
Cogan kata pedoman kami 
Bertekad maju dan yakin diri
Berilmu dan berdikari
Hadapi cabaran masa muka
Hidup berbakti pada negara
menuntut ilmu hargai masa
Tercapai cita-cita

Sekolah Kebangsaan Inanam Laut
Tempat kami menuntut ilmu
Mari berikrar penuh setia
Rukun Negara kita
Rukun Negara kita

No comments:

Post a Comment