Lagu Tema

Lagu Tema PPDa : “Hidup Cemerlang Tanpa Dadah”

Usah Biarkan Masa Berlalu Pergi
Dalam meniti ranjau berduri
Wawasan negara kekal waja bina bersama
Harapan Semua ..
Anak-anak Bangsa
Kami Sihat Kami Hebat
Kami Kuat Kami Tekad

Tanpamu, Hidup Bebas Merdeka
Tanpamu, Hidup Riang Cemerlang
Tanpamu, Nusa Bangsa Gemilang
Tanpamu. Negara Pasti Terbilang

Kita Bersatu
Kita Berpadu
Katakan .. Laungkan ..
Hidup Cemerlang Tanpa Dadah


Dato’Haji Ahmad Azmey Bin Haji Talib
Puan Azizah Binti Mohammad

https://www.youtube.com/watch?v=oas0oJu-0x8




https://www.youtube.com/watch?v=802lOrCAKfQ





Mereka Yang Rebah

Lihatlah sekeliling kita
Betapa saban hari pasti ada saja
Harapan serta bunga bangsa yang rebah

Tak memadai sekadar keluhan
Apatah lagi jelingan serta cemuhan
Yang jatuh dan yang rebah itu
Adalah anak watanmu

Untukkan sedikit masa emasmu
Kerana mereka memerlukanmu
Tersesat mereka di hujung jalan
Marilah bersama memberi bimbingan

Tak daya mengawali diri
Lantaran terlalu menurut kata hati
Mereka bagaikan kehilangan

Pedoman di masa depan

https://www.youtube.com/watch?v=Zc3P15bSWm8



Dadah Merbahaya

Awas dadah merbahaya
Trajidi merata dunia
Membawa kita ke lembah sengsara
Wajah memucat letih lesu
Suntikan jarum neraka
Membawa ke alam tiada
Menghidu bunga racun berbisa
Lemah gigi tiada berdaya
Lemah gigi tiada bermaya
Hapuslah dadah musuh kita
Jangan sampai berleluasa
Dalam mencari kebahagian
Mari bersatu, saling membantu
Bersama menghapuskan
Bangkit teman semua
Dari ancaman bahaya
Bersihkan rohani jasmani
Semoga sihat sepanjang hari
Semoga sihat sepanjang masa


Ramli Sarip

No comments:

Post a Comment